
Lambaian malar hijau merupakan salah satu cerpen KOMSAS semasa Ting 5. Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang bernama Daneng.Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali bersekolah.Akan tetapi,Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan nenek moyangnya.Akhirnya Cikgu berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng.Selepas 25 tahun kemudian,Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk.Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan hutan balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan padanya.
kenapa Dr pilih lambaian malar hijau??
Kerana perjuangan Dr juga sama seperti Cikgu Jo, dan lambaian Malar Hijau ini ibarat identiti Dr sendiri. Walaupun kita sudah meninggal dunia kelak, jasa sebagai seorg GUru akan sentiasa dikenang, tetap MALAR HIJAU.. ;)